Friday, August 9, 2013

Jepun dan Fireworks

bunga api di jepun


花火大会 (ha-na-bi-tai-kai)  bermaksud fireworks festival. Event ni memang akan diadakan setiap tahun pada musim panas di jepun dan memang antara event yang paling best kot bagi aku

biasanya event ni akan bermula dari awal bulan 7 sampai tengah bln 8 dan boleh cakap hampir satu jepun dorg akan buat event ni. dan hanabi ni biasenya akan ada level kehebatan masing2 based on berapa banyak jumlah fireworks yang dorg lancarkn.

event ni biasanya akan bermula lebih kurang pukul 8 malam tapi orang-orang jepun yang datang untuk cop tempat akan tiba seawal jam 12 tengah hari or maybe lebih awal.

kenapa dorg datang awal?? sebab orang jepun sangat-sangatlah menyokong event dorg sendiri dan jumlah kehadiran bagi event fireworks yang aku pergi ni biasanya mencecah 350 000 org sebab event ni antara event yang terbesar yang melancarkan hampir 10000 fireworks dalam sejam..

btw, just nak share video hanabi yang aku pergi haritu..video yang aku ambik kualiti agak kurang sikit so aku dah carikan video dari youtube sudut video paling lawa untuk korg tengok..kalau malas nak tengok semua just tengok 1 minit terakhir pon cukup sebab yang last-last yang paling gempak..

otsu hanabi 8/8/2013

gambar-gambar bunga api pun agak tak jelas sebab kualiti kamera masih kureng..tapi layan je la kan..heh

hanabi 2012

hanabi 2013

hanabi 2013


1 comment: