Monday, August 19, 2013

Jepun dan Pendidikan


universiti,jepun,ritsumeikan

pendidikan di jepun


Assalamualaikum wbt..

tajuk entry kali ni kalau korg tengok memang terus je rasa alahai seriusnya la budak (?) ni hari ni kan..haha..sabar sabar..sebenarnya entry kali ni bukan aku nak berceloteh panjang lebar pasal pendidikan sangat pun, cume kali ni aku nak kenalkan dekat korg university tempat aku menuntut ilmu sekarang je..so jangan lari dan teruskan membaca ye =)

tapi kalau terus-terus je tunjuk gambar nanti takde pengisian pulak kan..so jom aku ceritakan serba ringkas perbezaan sistem pendidikan di jepun dan pendidikan di malaysia dulu ye..

kalau di malaysia, kita ada sekolah rendah ( 6 tahun )..sekolah menengah rendah dan atas ( 3 tahun + 2 tahun ) dan seterusnya ke university atau matrix dll..

tapi bagi di jepun , mereka bermula dengan 小学校 (shou-gak-kou) iaitu sekolah rendah..中学校 ( chuu-gak-kou) iaitu menengah rendah..高等学校( kou-tou-gak-kou) menengah atas dan barulah ke university..walaupun nampak sama je macam malaysia, tapi sebenarnya formula dorg ialah 6+3+3..

sebenarnya sekolah di jepun belajar lebih setahun dari student di malaysia sebelum dorg masuk ke university..so kalau ada apa-apa program yang ingin menghantar student dari malaysia ke jepun, sekurang-kurangkan mereka perlukan setahun preparation untuk samakan level kita dengan student jepun barulah kita boleh masuk ke university dorg ni..

ok..fullstop pasal pendidikan..cukup la sikit-sikit je pengisian kan :)

ritsumeikan university
so lets go to the main point ye..sekarang aku sedang belajar di 立命館大学 (ritsumeikan university) atau lebih dikenali dengan Rits yang berada di shiga prefecture yang ditubuhkan pada tahun 1869..so boleh dikatakan tua jugakla kan university aku ni..

buat makluman korg, Rits ni adalah antara empat university private terbaik di kansai ( gabungan beberapa prefecture ) dan gabungan 4 university ni lebih dikenali sebagai 関関同立(kan-kan-dou-ritsu) yang mengambil perkataan awal bagi kempat-empat university tersebut..
map rits

Btw, university aku ni bukanlah main campus pun sebenarnya..sebab main campus ada di kyoto..tapi keluasan university aku lebih besar dari main campus..pelik tak??hahaha

dan nak dipanjangkan cerita lagi..di kampus aku ni ada sikit je department..sebagai contoh engineering department..bisness..dan ekonomi..tu je kot aku rasa..dan disebabkan aku adalah antara budak engineering, tersadailah aku kat shiga yang aman damai ni..ciss

so untuk korg cuci mata..jom aku bawak korg jalan-jalan tengok university aku ni ye =)

path view

universiti,jepun,ritsumeikan
view dr tepi padang

universiti,jepun,ritsumeikan
fountain dpn library

universiti,jepun,ritsumeikan
library tmpt aku melepak

universiti,jepun,ritsumeikan
view dari gate besar
sebelum aku habiskan entry ni, aku pernah terdengar di malaysia macam ada bias antara university awam dan private bila nak cari kerja..tapi aku tak tahulah sejauh mana kesahihan perkara tu..ke korg ada pendapat pasal isu ni??jom kongsi nak :)





58 comments:

  1. rasa macam da komen...tapi belum eh ? huhu
    nice view ..nak sakura tu :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya university +_+
    yang pasal bias tu nad pun tak tau hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon mcm pernah terdengar je..xtau betul ke x >.<

      Delete
  3. ohh dkt sana dia org lebih setahun..nice info brader..huu universit tempat di mana tuan hamba menuntut mmg super awesome..semoga cepat pulang malaysia! beta jeles melihat student malaysia di sana!. Oh ya, semoga berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ye cik jari manis..akan hmba pulang secepat mungkin..haha :)

      Delete
    2. Akmal blh tlong jelaskan x cmne perjalann akmal dri seorang pelajar sampai blh jadi pelajar di jepun yg ambik bidang engineering

      Delete
    3. Akmal blh tlong jelaskan x cmne perjalann akmal dri seorang pelajar sampai blh jadi pelajar di jepun yg ambik bidang engineering

      Delete
  4. owh..cam tu level pendidikan dyeorg..thank bro..dpt jugak sikit ilmu dr sekolah kat jepun^^ msti syok belajar kat sana..ada cerita yg bole dikhabarkan...teruskan review jepun bro..aq nk baca lagi..hehhe

    ReplyDelete
  5. ooo baru tahu cm gitu pembelajaran dia :) wahh best dpt study di situ :) shre story ttg jepun mmg minat nak thu :)

    ReplyDelete
  6. wah..macam best je tengok enviroment university di tempat bro..bila habis degree 6ti..macam nak sambung belajar sana je..hehe

    ReplyDelete
  7. ouh pendidikan jepun dengan korea tiada bezanya , patutlah umur mereka lebih cepat setahun .. kalau tak salah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. korea pon mcm tu jugak ye??sy pon baru tahu..hehe :)

      Delete
  8. Waaaa cantiknya view uni tu. Hmmm kalau study sana kena study bhasa jepun jugaklah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah hazirah..blaja kat sini semua guna bahasa jepun :)

      Delete
  9. Ada sorang kakak kt tmpt keja sy ni stadi Jepun dulu, tak brapa ingat nama, tp ada "moto" di belakang. Kamimoto, ntah.
    Bagi saya, kalau kita dari univ awam senang nak dpt kerja, kalau yg swasta tu kena check dulu sebab ada yg tidak diiktiraf sijil mereka. So, sebelum nak amik sesuatu course, better check dulu sama ada sijil itu diiktiraf atau tak.

    ReplyDelete
  10. Saya datang baca entri terbaru ni.

    Oh, perkongsian yang menarik. Baru tahu begitu sistem pendidikannya.

    Seronoknya dapat belajar di Jepun. Mesti pandai berbahasa Jepun kan?

    ReplyDelete
  11. jepun, sebuah negara yg maju, malaysia patut contohi jepun yg sgt mmntgkn pndidikan dan adat nye.. :)

    ReplyDelete
  12. wah..bestnya stdy sna :) akk spupu dyh pn nk ke sna jgak 21/8 ni..ok ke blajar sna?mknan ap smua tu ok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar kat sini ok je kalau boleh paham japanese..bab makanan tu nanti kene belajar sikit dari orang yang tahu..sebab ada banyk benda yang nampak boleh makan tapi sebenarnya tak boleh :)

      Delete
    2. sy dh lama jgk kat sini..cuma nti akk spupu dyh tu kne tnye la org2 yg dh lame tgl kt situ psl mkanan2 ni..sebb pantang larang dia bnyk..kalau cerita kat sini boleh jd entry baru pulak..huhu :)

      Delete
  13. arigato...sayonara...tuh jer lah yang tau...bleh lah blaja bahase jepon neh nanti...keh...keh...keh...

    ReplyDelete
  14. alaaa....boleh x zaza nak jeles??? haha..
    japun negara cantik..sakura... tgu zaza datang..hehe

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum...biskutcelop,

    alhamdulilah dapat peluang belajar di Jepun,,, dan dapat belajar dan memamahami bahasa dan adat orang jepun,,, tp adat Malaysia x di lupakan k.. x kan hilang melayu di jepun..

    mselim3

    pls: daripada segmen mialiana... mialiana dan mselim3 belajar di OUM Part time.. sekarang berkerja disektor kerajaan...minat jugak belajar bahasa jepun... heheh bahasa al-quran pun x habis belajar nie,,,huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mselim3 ye sbb sudi berkunjung..IA adat melayu tak kan dilupakan even di mana kami berada :)

      Delete
  16. summimasen........nice info....akak ada kawan dulu study kat japan, suka suasana di Jepun.....
    dulu masa akak keje kilang jepun ada belajar bahasa jepun.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon suke suasana kat sini..来てくれてありがとうね^^

      Delete
  17. Emmmm....gitu yeh....confirm berabuk cakap Jepun awak ni kan Akmal....
    Tumpang bangga ada anak Melayu Islam yg tahu banyak bahasa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin banyak kita tahu, makin luas pemikiran kita kan..iA suatu hari akn balik untuk berbakti kat negara :)

      Delete
  18. kira menengah atas kat jepun tu level dy sama mcm amik stpm/matrikulasi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya menengah atas tu level macam matrikulasi kita kot..sy pon xpasti sangat..huhu >.<

      Delete
  19. Bersihnya university korang!!! macam takde orang je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ni tgh summer break..university kosong je..hehe

      Delete
  20. salam biskutcelup! air milo ada?? salam perkenalan gaks. cadangan-sila update banyak2 dan letak gambar kat Jepun banyak-banyak! hahah.. ala poyos bagi cadangan kat tuan rumah. jemput singgah banyak2 ke blog saya. xpon letak link blog saya dalam blog harian anda.
    *gurau saja. done follow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx sudi singgah ye..cadangan anda diterima..huhu :)

      Delete
  21. hai.. salam kenal,
    follower no.1271
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  22. hurm skrg pekerjaan mmg memilih sikit..
    btw ada prof pernah ckp yg kalo bleh kita kene ada byk sijil mengenai kerja luar yg kita buat selain education.. mcm society responsibility. then senang insyallah nk cri kerja.
    lagipun now malaysia lebih open..
    naz sendri pun belajar under malaysia-japan international institute of technology (MJIIT) under UTM...
    mmg ramai master and PHD yg belajar from japan ke fakulti kteorg.. ^_^

    ReplyDelete
  23. Nice one coz Japan ni is one of my favorite places. nway part bias tu not so much rasanya, unless that University memang tak ada pengiktirafan at all. As long as you are good and presentable no hal punya..Cuma rasanya dari segi exposure of course overseas student normally a bit independent. This is based on my experience..no offense to local graduate ya..

    ReplyDelete
  24. semuga dapat menghabiskan pengajian di sana..jangan terbawa balik awek sana udah lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. riso awek jepun tu kebulur je nanti xleh makan mkanan melayu :P

      Delete
  25. part pendidikan depa tu, mcm buleh stress ohw. apsal la awal setahun, x leh nak enjoy (=__=) tapi uni awk mmg cntiklah:). awk doakan la sy buleh continue study. karang nie tgh tunggu rayuan.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon doakan cik nurani agar sentiasa success ye :)

      Delete
  26. Salam akmal, akak planning nak sambung PHD, tengah survey uni and tmpt yg sesuai, nak tanya, apa persediaan yang akak kena buat kalau nak buat PHD di Jepun. Macam mana dengan environment study kat sana, boleh cadang university yang sesuai untuk Mech. Eng tak? tengkiu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... to all yg planning nk study sane , u must go , my experienced study just 3moonth, too short.. ade rezeki akan datang mmg nk study sane lame2 . research attachment master kat fukuoka. KYUshu institute technology (KIT). sgt2 best2 ,, no stress at all. rasanya kat malaysia stress gilee. better pergi sanelaa klo dpt chance. all the food sgt sdp n healthy. sy kuat makan kat sane tp makin kurus. of cosla halal. the best thing jalan gune kaki kat sane amata menyeronokkan. rindu negara matahari terbit...i wish i will get opportunity staying at there. JApanese sume baik2.

      Delete