kyoto golden temple
Assalamualaikum wbt..
旅行(ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan entry kali ni jom aku perkenalkan kepada korg salah satu tempat yang best yang ada di kyoto.
tempat kali ini dikenali sebagai 金閣寺( kin-ka-ku-ji) yang lebih dikenali sebagai "Golden Pavilion Temple" tapi aku selalu panggil tempat ni golden temple je..tempat ni adalah tempat yang terfemes di kyoto dan maybe juga yang terfemes kalau korg datang ke kansai ni..
tempat ni korg boleh pergi dari kyoto station hanya dengan menaiki bas no 101 atau 205 dengan tambang sebanyak 220yen..perjalanan ke tempat ni mengambil masa dalam 40 minit so eloklah korg prepare apa-apa bahan bacaan ke untuk korg baca dalam bas..serius bosan kot kalau tak buat apa-apa nanti..dan untuk masuk dalam kawasan temple ni pula korg perlu sediakan lagi 500yen >.<
bertepatan dengan namanya yang glemer ni, korg boleh tengok yang tingkat kedua dan ketiga temple ni bertatahkan emas..ye emas !! bukan emas tipu dan bukan emas salut tapi memang emas yang sebenar-benarnya emas..lol
aku tau akan ada orang-orang kita yang macam allergik sikit bila dengar je perkataan temple ni..mesti ada orang akan cakap nak buat apa pergi melawat tempat orang bukan islam sembahyang kan?? tak ada tempat lain ke nak pergi??
ketahuilah wahai rakan-rakan yang tempat pelancongan di jepun kebanyakannya ialah temple-temple yang memang menjadi tarikan utama pelancongan di jepun..kalau korg dah datang jauh-jauh tapi cerewet pulak baik korg tak payah datang melancong je macam tu..pfttt
sedikit sejarah pasal kinkakuji ni, walaupun tempat ni kitorg panggil temple tapi sebenarnya tujuan ia dibina ialah sebagai retirement villa bagi seorang shogun (commander chief) pada zaman dahulu kala..jadi korg tak perlu la risau ye..takde sesiapa sembahyang pon kat tempat ni..
temple ni pernah beberapa kali dimusnahkan dan dibakar oleh monk-monk yang fanatik dan rekaan yang ada sekarang ni dibina kembali pada tahun 1955..so boleh dikatakan dah setengah abad jugak la temple ni berdiri megah di kyoto..
so kat sini ada aku tinggalkan serba sedikit gambar-gambar masa aku melawat temple ni dulu..semoga korg terhibur :)
sebelum entry ditutup, aku nak tahu kalau-kalau korang pon ada melawat tempat macam ni kat malaysia? tapi rasa macam kurang je orang kita yang buat macam tu kan..papepon jom kongsi ye :)
p/s : bagi aku tak salah kita melawat tempat orang selagi kita tak sembah or sembahyang sekali dengan dorg..just datang untuk tengok keindahan alam dan senibina tempat tu dah la kan..btw ni just opinion diriku yang lemah shj ya >.<
waa bestnya! byk nnt update laa byk2 lagi tmpt2 menarik dkt jepun.. tak dpt pegi, dpt tgk pun jadi lah.. hihihi :)
ReplyDeleteokey eina :)
Deletetempat2 macam nie banyak dekat korea, japan and china. kalau ada peluang nad pun nak juga melawat sini :)
ReplyDeletesy pon teringin nak g korea..tp xkesampaian lg >.<
DeleteCantik pemandangan kat kinkakuji tu..Teringin jugak nak pergi jepun suatu hari nanti.. Setakat indon dan thai tu dah pernah pi..
ReplyDeletekalau dtg bgtau nanti la..sy boleh jd tour guide :)
DeleteRindu akak nak ke Jepun lagi, tapi fulusnya sudah tak ada :)hehehe
ReplyDeletebestkan suasana kat sini :)
Delete220yen kalau ditukar kepada duit malaysia berapa? nak cari makanan dkt sana x susah kah? wah, siapa2 yg nak pergi jepun bolehlah upah tuan hamba jadi oemandu pelancong..dpt jugak duit poket...
ReplyDeleteps:gambar last tu kubur ka? hee :3
dalam 7 ringgit lebih..huhu
Deletebtw gmba last tu coin toss..tempat org jepun buang duit untuk nasib baik :)
oh like that ahh..oh coin toss, igt beta kubur.. =.='
DeleteAkmal san... ogenki desuka..
ReplyDeleteSalam kenal. Saya pernah sampai ke sini suatu ketika dulu. Di bawa oleh AOTS selepas habis berkursus. Tempat ni masih cantik macam dulu juga...
genki desuyo ^^
Deleteuntung la Mie dapat datang sini kan..IA ade rezeki leh dtg lagi :)
Assalamualaikum...salam perkenalan..
ReplyDeletewow..cantiknya pemandangan kat sana...akak mmg berminat sangat pasal sejarah ni.Maklumlah dulu penah keje ngan muzium..
terima kasih kak kerana sudi singgah ye :)
DeleteSaya suka dengan blog ni kerana, setiap entri melancong pasti diceritakan sedikit tentang latar belakang sejarahnya. Menarik amat. Tahniah!
ReplyDeleteterima kasih cikgu..jemput singgah lagi ya ^^
Delete#1279 .
ReplyDeletethanks follow .
saya follow awak balik :)
nice sharing :)
thx for ur visit ye :)
Deletehalamaks...bestnye bro...cam krole ni tak tahula..ada peluang tak p tmpt2 macam tu..mesti seronok kan bro~
ReplyDeletekalau ada peluang nanti dtg la ye..serius tak menyesal :)
DeleteCuaca kat sini tgh ujan ni.. bila tengok gambo salji kat atas tu tiba2 menggigil badan.. sejukkk.. ha2.. aura sapai ke sini..
ReplyDeletejaohnyee aura salji tu smpai..haha :P
Deleteselamat hari raya
ReplyDeletewah jauhnya merantau mencari ilmu
tentu banyak pengalaman yang best bila
dah tinggal di sini..
pengalaman tu yg ingin sy kongsi bersama semua :)
Deleteaduh jepun... huwaa...nak gi sana, nak gi sana...xde ke tiket2 percuma..haha
ReplyDeletemacam xde je zaza..huhu >.<
Deletemenarik giler psl yg diperbuat drpd emas tu.
ReplyDeletesyoknye kalo dpt jejak kaki kat sana akmal! :P
suka tgk ikan koi jepun yg jenis kaler oren putih.
kalo p memane hotel yg ada kolam ikan koi tu mmg
lama dok melekat dok kat kolam tu hehe :P
ikan wane putih tu mcm ade gak seekor dua kat situ..tp xmasuk dlm gambar :)
DeletePerghhhhhh!! Temple tuh dgr kata memang xde orang boleh pegi situ dekat2 =.= Kaya la jepun ada temple emas LOL
ReplyDeleteBtw, ada permintaaannnn...
Cer citer pasal uesugi kenshin :3
Sorry la bro, nih kes lepas maingame snegoku basara baru tahu uesugi kenshin nih pahlawan lol
Selalu baca Wiki xpaham den terlampo panjang
Cer la update pasal Uesugi kenshin nih ya :3
sy pon xtahu sgt pasal tu..nti sy tnye bdk2 jepun yg len ye..kot2 dorg tau :)
DeleteTeringin betul nak pegi Jepun! Tempat2 kat sana ni eye-soothing la :)
ReplyDeletejemputlah datang sini :)
Deletehah! gembira betol saya macam dah duk kat jepun dah! trima kasih berjaya buat saya jeles..hahaha.
ReplyDeletesama-sama..hahaha :P
Deleteteringin jejak kaki ke sana... :)
ReplyDeleteterima kasih sudi melawat :)
Deletebalas kunjungan cni... :)
ReplyDeletejm join giveaway ni? hadiah rm250 http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/08/menangi-rm25000.html
wah.. cantiknyaa.. :)
ReplyDeletecantik sangat kan :)
Deletebestnya
ReplyDeletesuka tempat-tempat macam ni..love the traditional way...just like korea...
ReplyDeletesy teringin nak g korea :)
Delete