Thursday, October 17, 2013

Hidup ini bukan mudah

jepun
sumber google



Assalamualaikum..

entri kali ni aku bercakap dari pandangan budak engineering tau..so kalau ada apa-apa yang bercanggah jangan malu-malu nak kongsi kat bawah nanti ye.

macam yang pernah aku cerita kat SINI, program aku cuma terdapat 2 jurusan je untuk dipilih masa mula-mula nak apply dulu..antara mekanical atau electrical engineering..so macam yang anda boleh lihat, pilihan aku ialah yang pertama tu..

dan sebagai budak meki (mechanical engineering), kebanyakan akan menjawab sebab utama mereka ambil kos ni ialah kerana mereka tak berminat langsung dengan elektrikal..tapi aku pernah ambil satu lecture elektrikal (subjek wajib -.-) dan prof tu selalu tekankan kat kami..bahawa kita tak akan berjaya sebagai engineer kalau kita hanya faham satu cabang ilmu je..

sebab tiada satu benda pun kat dunia ni yang dicipta hanya dengan satu cabang ilmu je..sebagai contoh yang paling senang..kereta la..kereta sekarang ni pun dah pakai bermacam-macam teknologi macam hybrid, ABS dan sebagainya....dan kalau nak harap satu bidang ilmu je..memang tak bergerak la kereta tu nanti..
honda
Honda FIT hybrid terbaru ( 36.4km/litre)

dan sebenarnya tadi aku habis satu lecture pasal finance..habis segala benda pasal interest bank la..loan la..padahal aku rasa takde kaitan pun dengan bidang aku..tapi ni satu kenyataan yang memang perlu kita hadam..

sebab tak kira apa yang kita pilih mula-mula dahulu..sebenarnya di hujung perjalanan kita nanti kita akan nampak bahawa segalanya berkaitan antara satu sama lain..dan perjalanan ini yang akan menghasilkan invention yang mungkin boleh mengubah dunia..siapa tahu kan ??hehe

kalau anda yang ambil jurusan lain tu macam mana ye?? teringin nak tahu :)

p/s: kalau dapat la kereta macam kat atas tu..memang jimat la duit minyak setiap bulan :P


34 comments:

  1. kos civil engineering pun sama, perlu belajar jugak ilmu elektrikal & ekonomi. Subjek IT pun kena belajar..belajar buat coding bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita bro..xpasal2 kena tahu pasal C++ , linux dan segala benda tu kan..haha :P

      Delete
    2. tu la pasal..tapi best jugak belajar C++ tu..hehe

      Delete
  2. Kak Erin lagi sedih.. belajar bidang kewangan tapi kerja bidang pentadbiran..Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah terdengar cerita kerja kita nanti tak semestinya sama dengan bidang kita belajar kan :)

      Delete
  3. betul3... zaza time belajar pun ambil 2 bidang berbeza... antara 2 tu mmg ibarat bara dengan asap... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kalau fikir2 balik untung kan dpt tahu banyak benda :D

      Delete
  4. samalah..mun belajar sains kesihatan..tp kena belajar pasal sistem komputer..memang lari terus cabangnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaoh lari tu..tapi ilmu jugak..so layan je la kan :D

      Delete
  5. subjek industrial design yg fizi ambil sekarang pun sama gak kena ambil subjek cam tu..tapi basic je lah..selebihnya lebih kepada rekabentuk

    ReplyDelete
  6. macam anak akak ambil Pengajian Bahasa English tapi kena ambil subjek matematik, bahasa arab, BM dan sebagainya walaupun takder kaitan tetapi kena gak belajar sebab bidang ini luas bukan bertumpu kepada satu pengkhususan.....

    ReplyDelete
  7. Betul tu, kita harus tahu dan mempunyai pelbagai ilmu bukan satu cabang saja.

    ReplyDelete
  8. betul tu.. semuanya ada perkaitan.. jadi menjadi satu kelebihan jika kita tahu kesemuanya..

    ReplyDelete
  9. Chemical engineering pun sama, mesti belajar ekonomi pun..
    Pelajar accounting pun belajar pasal law, etc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi banyak kita tahu lagi bagus betul tak ??hehe

      Delete
  10. Sally ambik BBA (Business Administration)...major dlm HR...so far mmg byk kena tau pasal ekonomi dunia ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. konfem sally hebat selok belok ekonomi ni kan :D

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. saya dulu study business . kena belajar gak basic law , insurance . ilmu kan , layan jer ...

    ReplyDelete
  13. sama dengan adik kathy..study electrical last2 keje technician computer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting ada kerja untuk mencari rezeki kan :D

      Delete
  14. It's complicated. Panjang kalau nak citer. Sebenarnya lebih kepada tak sanggup nak citer.

    -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la entry baru pasal cerita ni..leh saya terjah nanti..hehe :)

      Delete
  15. Nad amik Matematik perkomputeran. tetapi kena belajar physics. rasa mcam xde kaitan tp itulah yg nad kena ambil untuk 3 sem >.<

    ReplyDelete
  16. Biasanya apa yg kita blaja .. sikit je apply time keje. Kadang2 tu siap lari bidang terus. Kadang2 tu lepas dah keje baru tau minat sebenar kita apa, pastu tukar bidang. Apa2 pon belajar la perkara2 yg kita minat betul2 sbb kita akan lagi suka keje kita nanti.

    ReplyDelete
  17. setuju pendapat akmal..apapun yg kita belajar kena bercabang baru la bole berjaya.. kos masa belajar dulu tak ada la beza sangat dengan pekerjaan sekarang ni..lebih kurang sama saja hihi

    ReplyDelete