Wednesday, October 9, 2013

La Baraka di Kyoto

maghribi

Assalamualaikum wbt.

Siapa tahu maksud gambar di atas ?? Sebenarnya gambar ni merupakan bendera bagi negara Morocco tau..atau lebih dikenali dengan Maghribi..

So bagi sesiapa yang gemar tengok cerita arab mungkin pernah dengar kot negara ni..kot ?? tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal Maghribi sebenarnya ye..

kali ini aku ingin berkongsi sebuah restoran di kyoto yang menyediakan masakan morocco yang memang dijamin halal..

kyoto

restoran kali ini di namakan La Baraka ..dan restoran ini menyediakan juadah yang memang dimasak sendiri oleh orang morocco tulen..dan sebenarnya ni kali pertama aku singgah tempat ni..betul-betul selepas aku melawat romantic train di arashiyama hari tu..

dan kali ini menu yang sempat aku order ialah Beef Tagine seperti di bawah. 

kyoto

kyoto

taste :

bintangbintangbintangbintang

price:

bintangbintangbintang

Beef tagine ni berharga 1500 yen dan jika dilihat dari jumlah juadah yang disediakan aku rasa masih agak berbaloi..kot?? mula-mula anda akan diberi roti (homemade) untuk dicicah dengan morocco soup(?) yang aku tengok rupa macam kari kita je..
**100yen = RM3.50
dan lepas anda habis je makan roti tu, nanti dia akan hidang beef tagine ni pulak..beef tagine ni aku rasa macam stew daging yang dimasak dengan rempah dan segala jenis benda-benda yang baik untuk kesihatan kita seperti raisin, kentang, carrot, kacang hijau, kacang merah, mushroom, terung, bendi dan macam-macam lagi la..

dan yang peliknya, rasa beff stew ni sangat unik sebab ada rasa pedas dan manis dalam satu juadah yang sama..cuba anda bayangkan makan kari tapi ada manis-manis gitu..tapi masih sedap.

so bagi sesiapa yang suka mencuba makanan-makanan baru..memang aku sangat rekomen tempat ni..dan kalau anda ada rezeki untuk datang kyoto nanti, cuma perlu tunjuk alamat di bawah kepada tour guide korang ye.

京都府 京都市下京区河原町仏光寺下る富永町356 さくらビル地下1階

apa pendapat anda mengenai tempat ni ?? bukan selalu dapat rasa masakan negara lain kan..lagi-lagi negara yang kita jarang dengar :)








53 comments:

  1. Replies
    1. saya pun first time dengar masa datang kdai tu :D

      Delete
  2. wuu banyak sayur, mesti org morocco ni suka makan sayur

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu orang morocco sihat2 kot..hehe :D

      Delete
  3. Replies
    1. best dapat tengok budaya orang lain :D

      Delete
  4. kat sini belum ada makanan Morocco, kalau Arabic mcm Nasi Kabsah atau Mandy mmg pemes la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Kabsah tu memang sedap..saya pernah makan dulu :D

      Delete
  5. Masakan arab kebiasaanya memang sedap lagi2 halal mmg kita masuk la nk makan hehe

    ReplyDelete
  6. memang sedap dan menyelerakan.kalau dapat peluang, pasti saya rasa masakan ini

    ReplyDelete
  7. Msti mnisnya dtng dri buah2 mcm raisin yg dicmpur skali tu......nmpk sedapnya...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..raisin tu yang buat jadi rasa manis2 :D

      Delete
  8. wau. terliur. maksudnye kalau kat sini harga rm 52.50?mahalnye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang la..sebab tu saya tak bagi 5 bintang..hehe :D

      Delete
  9. mesti bestkan, tempat pun cantik.. bab makanan... kalau akmal dah bagi bintang tu.. sedap lah kot.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap hingga menjilat jari tau mama..cewah..hehe :D

      Delete
  10. dik oi mahal kot huhu mau kering poket kalau selalu g makan , tapi nampak sedap la . 4 Me if sedap x kisah lah tapi bukan selalu lar g makan huhu mau pokai kalau pg selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari2 makan konfem kering wallet..sekali sekala boleh la lagi kan :D

      Delete
  11. akmal pos kat sini sikit.. ahahaha... sedap tu tengok... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pos risau pakcik pos curi makan lak nanti..hee :D

      Delete
  12. kismis tu yg beri rasa manis . klu tgk chef masak kat tv , tagine tu hampir sama dgn stew ... lapar trus nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun lapar balik bila teringat :D

      Delete
  13. pSSSTTT akmal..mcm spice route la byk rempah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya xpernah g lagi spice route..hehe >.<

      Delete
  14. wow, restoran pun boleh tahan cantik, kemas and bersih, makanan pun not bad (based on your rating star), harga affordable, insyaAllah boleh try satu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nanti datang la sini ye Affy :D

      Delete
  15. whoaa u went to japan. great experience kan.

    ReplyDelete
  16. Salam ziarah. Jemput bertandang berkongsi inspirasi di http://wanariahamiza.blogspot.com/. Ukhwah itu indah. :)

    ReplyDelete
  17. sedap nya..kalau kat malaysia ada jugak restoran ni, dah lama pegi..hahahaha :P

    ReplyDelete
  18. Aik?? dah tukar kotak komen?? yg komen G+ lpas2 hlang cmtu jelh kan..menarik makanan tu..taste boleh tahan 4star..tp harga mcm seram je..hu3 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. G+ ada je lagi fais..cuba tgk dekat atas tmpat komen tu..boleh pilih nk komen guna ape..hehe :)

      Delete
  19. Wah.. sedapnya.. sejuk2 pekena makanan mcm tu mmg bersyukur betul hidup di Jepun kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur dikurniakan peluang datang ke sini :D

      Delete
  20. Replies
    1. saya pun lapar jugak ni sally ..laparrr :D

      Delete
  21. Replies
    1. mana la tau kot2 menang cabutan bertuah ke :D

      Delete
  22. Wah.. Nampak sedaplah hidangan tu... :-)

    ReplyDelete