Monday, October 14, 2013

tasik terbesar di jepun

shiga

Assalamualaikum wbt.

Sebelum aku mula bercerita, aku nak tanya satu soalan pengetahuan am sikit boleh ?? apakah tasik air tawar terbesar di Malaysia??ha..jawab cepat jawab..hehe

jawapannya ialah tasik Bera yang ada di pahang tu..dan mengikut cik wiki, tasik bera ni seluas 61.5 km persegi..besar giler kan ??

tapi kali ini aku bukanlah nak promote cuti-cuti malaysia ke pahang ke ape tau..sebenarnya kali ni aku nak cerita pasal tasik air tawar terbesar di jepun..yang cuma 15 minit je kalau naik basikal dari rumah aku =.="

shiga

tasik ni dinamakan biwako atau orang putih panggil " biwa lake "..jangan korang panggil biwako lake pulak ye..sebab "ko" tu dah bermaksud tasik dah..

tasik ni seluas 670.4 km persegi tau..so kalau dibandingkan dengan tasik bera tadi, boleh dikatakan biwako ni 10 kali ganda besar la kot..
  
dan banyak aktiviti yang boleh anda buat kalau pergi kat tasik ni macam memancing, lake biwa cruise dan anda juga boleh mandi kat tasik ni sebijik macam mandi dekat laut tau..cuma air dia tak masin je la..

shiga

dan jangan tak percaya pulak gambar kat atas ni ialah biwako..walaupun nampak macam laut..dan ikut pengalaman aku mandi kat sini, air dia agak jernih la jugak..tapi masih tak selawa laut yang original la macam kat SINI kan??

so apa pendapat anda semua tentang tasik ni??percaya tak yang ni bukan laut??jom kongsi kat bawah ye :)

40 comments:

  1. hana geografi tak pandai. haha tp cantik la bowako nie. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tenangkan fikiran boleh la lepak2 kat tepi tasik ni :D

      Delete
  2. adoiiiii airnya memang cantik biru macam air laut. jauh sangat beza dengan kaler air dekat tasik titiwangsa hiksss

    ReplyDelete
  3. wow...banyak la jugak tasik dan bear pula tu

    ReplyDelete
  4. 670 km persegi besor tu.... Akmal asal orang mane yer...

    ReplyDelete
  5. nampak cam laut . tapi kalau penulis kata tasik , betul lah tu . Ikan mesti besar - besar nih . x de org main jet ski ker ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya mandi tu ada orang main jet ski..tapi biasanya tu jet ski persendirian..memang dorang bawak sendiri :D

      Delete
  6. wow..cantiknya tasik ni... mmg nampak mcm laut kan... bersantai2 main bola ni best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. main bola tampar pantai pon boleh..walaupun tepi tasik :P

      Delete
  7. besarnya lake tu... ada bergelombang tak airnya?

    selamat Aidul Adha Akmal... berkurban kah? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ombak kat tasik ni..tapi tak tau macam mana boleh ada ombak kat tasik ni..sebab besar sangat kot :D

      Delete
  8. besarnya... hebat ciptaan Ilahi...

    ReplyDelete
  9. nampak macam kat tepi pantai.. besar betul tasiknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..saya first time tengok pun rasa kagum :D

      Delete
  10. hehehe , macam biawak yang disingkatkan menjadi bewak...ehehe , gurau3...seriously besar !! memang macam laut .. ade ombak tak ..

    ***ye2 , 15minit dari rumah kan ??? ish3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ombak kat sini..tapi sy pun konfius cmne boleh ada :P

      Delete
  11. waaa.... cantiknya mal, selamat hari raya mal..

    ReplyDelete
  12. Ya Allah ,beruntungnya ada di negara orang dapat berjalan dan menikmati kebesaran Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur kepadaNya kerana beri saya peluang macam ni :)

      Delete
  13. uihhhh besar betul, perjalanan pergi ke penang daripada johor bahru pun dah 668km,
    belum boleh lawan keluasan biwako ni lagi hewhew
    tapi macam laut laa, pasirnya warna macam pasir pantai,
    warna airnya pun macam pantai,
    kalau tasik kat malaysia, susah jumpa macam biwako ni~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat malaysia saya pernah pergi tasik titiwangsa je..memang berbeza :D

      Delete
  14. Uitsss besor nyer memang nampak macam laut...kat mesia ni takde lagi tasik yang berpantai macam tu

    ReplyDelete
  15. luasnya~ tk caye tu tasik, tengok gambar tu dah mcm laut dah :O btw salam aidiladha. jom makan rendang :p

    ReplyDelete
  16. Mesti bestkan sebab tak pedih mata.. air laut masin dan pedih mata..

    ReplyDelete
  17. dah lama tak naik kenu kat tasik.....

    ReplyDelete
  18. besarnya tasik. teringin nak tengok ^^

    ReplyDelete
  19. seronoknya dapat lepak kat tepi tasik tu..

    ReplyDelete