Tuesday, October 15, 2013

ALS ( Amyotrophic Lateral Sclerosis)

ALS

Assalamualaikum wbt.

kalau anda tengok tajuk hari ini mesti ada yang rasa " ape kebendanye ni ?? "..sebenarnya hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai penyakit ALS ni dari lecture yang aku dengar semalam..so kalau ada apa-apa yang salah anda jangan malu-malu nak betulkan tau..sebab lecture tu dalam japanese..so tak semestinya semua yang prof tu cakap aku paham kan..hehe

ALS ni senang cerita boleh dikatakan lumpuh la..dalam bahasa yang lebih senang ialah anda tak mampu nak gerakkan tubuh badan dengan kehendak sendiri..penyakit ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan punca kepada ALS ni masih lagi kabur..

penyakit ni biasanya mula terjadi masa umur kita mencecah 50-an dan ada juga kes yang berlaku lebih awal tau..dan berita buruk pasal ALS ni ialah ia masih tiada penawar sampailah sekarang..

kebiasaannya ALS ni akan menyerang sedikit demi sedikit..bermula dari kaki anda mula tak berfungsi..lepas tu badan..tak boleh bercakap..dan sampailah ke stage terakhir iaitu anda dah tak mampu untuk bernafas..dan pada masa tu memang ke kubur dah la jawabnya..

apa yang menarik pasal lecture ni, kita didedahkan dengan satu pemikiran baru..yang memang betul-betul terjadi zaman sekarang..dengan teknologi zaman sekarang yang semakin canggih, banyak je alatan yang telah dicipta untuk membolehkan pesakit ni bernafas seperti dengan menggunakan jantung artificial dan sebagainya..

tapi apa yang mengejutkan, ramai juga yang menolak untuk menggunakan alatan ni tau..dan mereka lebih rela meninggalkan dunia ini..rata-rata daripada mereka memberikan alasan tidak mahu menyusahkan keluarga masing-masing..sebab kalau guna alatan ni, pengawasan 24 jam amat diperlukan..

kalau anda masih kabur pasal ALS ni, aku sarankan untuk anda tengok cerita 1 litre of tears.."cerita apa tu ??" ni cerita pasal seorang penghidap ALS ( heroin kat atas )..serius sedih kot..kalau tak nangis memang tipu la weii..hehe

so apa ye pendapat anda pasal topik ni ?? cuba bayangkan anda ditempat mereka..apa tindakan anda ye??

jom kongsikan di bawah tau :)

42 comments:

  1. lumpuh rupanya..nice sharing bro :) salam Aidiladha^^

    ReplyDelete
  2. mula2 hana ingat akmal amik medical bila tengok tajuk dan baca entry. bila tngok info ohh bukan rupanya. hehe thnx sharing. hana ada belajar dulu. tp tu la. banyak benda kena review balik. haihhh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tau kenapa budak meki kena belajar pasal ni..haha :P

      Delete
    2. salam akmal...nie mst bz exam nie kan hehe...sunyi je

      Delete
  3. satu pengetahuan baru mengenai als ni :)

    ReplyDelete
  4. Tak dapat nak bayangkan.. Tapi kalau terjadi pada diri kak Erin.. Lebih rela meninggalkan dunia ni dari menyusahkan orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun mungkin macam tu..tak sangup nak susahkan orang lain..

      Delete
  5. Perkara pertama yg terdetik di kepala saya, engineering pun ada belajar benda ni ea, ingatkan student2 medik jer. Bahaya juga penyakit ni ye. Member2 selalu jer borak pasal citer ni tapi saya tak minat sgt. Nmpknya lepas ni nk tengok sikit2 lah, sebab nak tahu apa tu ALS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tau kenapa budak meki ada lecture pasal ni..dengar je la kan..hehe :P

      Delete
  6. kalau kena pengawasan 24 jam untuk beberapa bulan okeh la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa ada yang sampai berbelas tahun kot..sungguh tabah mereka yang menjaga kan :)

      Delete
  7. Slm Aidiladha.. Wah, bahaya jugak penyakit ni kan. Hmmm.. Kalau Vee, pergi je kot? Daripada susahkan keluarga untuk jaga. Dah lah lumpuh, pastu guna jantung artificial - harus ada pengawasan yang rapi. Haiihh.. Tawakal je la ^^, Akmal beraya kat Jepun ke? Ke skrg kat Msia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak beraya pun..kelas ada macam biasa..tak de feel raya langsung :P

      Delete
  8. Sedih lah cerita drama tu...
    Japan banyak sangat buat film tentang rare disease: Yuuki, Niini no koto wo wasurenaide, etc..
    Kadang2 terasa aneh pula..

    Mungkin sedari itu ramai yang melakukan euthanasia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah melawat teman...salam aidiladha!!!!

      Delete
    2. betul tu Khaira..jepun banyak buat drama2 macam ni..nak bagi lebih kesedaran kot kat masyarakat umum :)

      Delete
    3. salam aidil adha bro..lama tak nampak :P

      Delete
  9. tapi kan ada je yg macam tu...sbb dorang rasa...guna alat-alatan tu akan menyusahkan family and jugak diri sendiri...tapi sebagai Islam...selagi boleh cari jalan penyelesaian...baik la cari...nyawa tu berharga...

    p/s : Salam Aidiladha org perantauan! ^_^

    ReplyDelete
  10. Bahaya betul penyakit ALS ni, Akak pun baru tahu melalui entri ini. Good info and nice sharing Akmal.

    ReplyDelete
  11. dah tgk citer ni, mmg sedih sgt,, kalo x silap 1 litre of tears ni kisah benar kn? hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..cerita ni adaptasi dari kisah benar :(

      Delete
  12. setiap penyakit pasti ada usaha untuk menyembuhknnya.. tak salah kita berikhtiar selagi termampu kerana maut itukan rahsia Allah..

    ReplyDelete
  13. ingatkan kes yang tak boleh gerak masa tido malam dah tadi..hehe

    ReplyDelete
  14. oooo baru tahu ...thanks sharing
    SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

    ReplyDelete
  15. cerita tu memang sedih..huhu macam mana ye kalau tibe2 kena. huhu tak dapat bayangkan >.<

    ReplyDelete
  16. salam akmal...selamat hari raya ye...xbalik sini ke???

    ReplyDelete
  17. kite pun baru tahu ttg sakit ni
    hmm kalau kite its depend kot
    masih 50-50
    lgpun tak salah kot kalau usaha nak sihat balik kan
    just my 2 cents :D

    ReplyDelete
  18. eh eh, so how ur aidiladha kat jepun?
    ce cite siket :P

    ReplyDelete
  19. wah cerita tu. licha tengok mesti sendu.. siap2 prepare tissue kat tepi.. sedih sangat sebab tak dapat bayangkan orang tu punya penderitaan macam mana ..

    ReplyDelete
  20. oohhh...baru tahu pasal ALS ni..thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  21. Bagus informasi ini. Terimakasih atas share nya ya :)

    ReplyDelete