Showing posts with label biwako valley. Show all posts
Showing posts with label biwako valley. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

cerita ryokou : びわ湖バレイ

 musim bunga di jepun

biwako valley



Assalamualaikum wbt.. 

旅行(ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan entry kali ni jom aku perkenalkan kat korg salah satu tempat pelancongan yang best yang ada di sini.

tempat kali ni dinamakan びわ湖バレイ(biwako-barei) iaitu biwako valley yang terletak di puncak bukit berhampiran biwako. Buat pengetahuan korg, biwako ni adalah nama sebuah tasik di dalam shiga (滋賀) prefecture yang merupakan tasik terbesar di jepun..tapi cerita pasal tasik ni aku akan detailkan dalam entry yang lain ye :)

biwako valley ni dibuka hampir sepanjang tahun (tapi ada je masa ditutup untuk maintenance) sebab ada je aktiviti yang boleh korg lakukan tak kiralah musim bunga panas mahupun musim sejuk. dan fyi tempat ni juga antara tempat ski yang best yang ada di dalam shiga juga tau.

untuk datang ke tempat ni, korg perlu ambil tren dari kyoto ke 志賀(shiga) station, dan dari situ korg kena naik bas selama 10 minit untuk tiba ke tempat ni.

so bila sampai je kat tempat ni, first sekali tentulah korg kena beli tiket untuk naik ropeway yang akan bawa korg untuk sampai ke puncak bukit. harga ropeway ni 1800yen (RM63) untuk pergi dan balik tapi kalau korg beli satu hala je harga dia 1000yen (RM35).

gambar ropeway tu korg boleh tengok macam yang kat atas sekali tu.

lepas korg sampai je kat atas puncak bukit ni, korg boleh la jalan-jalan menikmati keindahan alam sebab bunga-bunga yang ditanam kat tempat ni memang awesome kot !!

musim bunga di jepun

musim bunga di jepun

musim bunga di jepun

kalau korg tengok kat gambar 1st tu, korg akan nampak chairlift yang pernah aku cerita dalam entry snowboard  dulu kan..untuk naik chairlift ni pun korg kena bayar tiket jugak..tak silap aku 1000yen (RM35) untuk membolehkan korg naik benda tu tanpa had..tp aku rasa better jalan je

selain taman bunga ni, aktiviti lain yg korg boleh buat ialah zipline..or maybe korg panggil flying fox kot..or maybe flying fox tu benda lain?? hahaha..tak kisahlah korg panggil aktiviti ni ape pun..tapi yang penting aktiviti ni memang best !!  btw kos zipline ni sebanyak 3000yen (RM105) tau.

musim bunga di jepun, zipline

pedulikan muka aku yang semangat terlebih tu =.="

so smpai di sini je kot entry untuk kali ni..sape-sape yang pernah try flying fox tu, korg ce try tgk gambar kat atas ni..same ke zipline tu dengan flying fox?? aku pun dah keliru..hahaha :D