Tuesday, August 27, 2013

cerita ryokou : びわ湖バレイ

 musim bunga di jepun

biwako valley



Assalamualaikum wbt.. 

旅行(ryo-kou) bermaksud melancong dalam bahasa jepun dan entry kali ni jom aku perkenalkan kat korg salah satu tempat pelancongan yang best yang ada di sini.

tempat kali ni dinamakan びわ湖バレイ(biwako-barei) iaitu biwako valley yang terletak di puncak bukit berhampiran biwako. Buat pengetahuan korg, biwako ni adalah nama sebuah tasik di dalam shiga (滋賀) prefecture yang merupakan tasik terbesar di jepun..tapi cerita pasal tasik ni aku akan detailkan dalam entry yang lain ye :)

biwako valley ni dibuka hampir sepanjang tahun (tapi ada je masa ditutup untuk maintenance) sebab ada je aktiviti yang boleh korg lakukan tak kiralah musim bunga panas mahupun musim sejuk. dan fyi tempat ni juga antara tempat ski yang best yang ada di dalam shiga juga tau.

untuk datang ke tempat ni, korg perlu ambil tren dari kyoto ke 志賀(shiga) station, dan dari situ korg kena naik bas selama 10 minit untuk tiba ke tempat ni.

so bila sampai je kat tempat ni, first sekali tentulah korg kena beli tiket untuk naik ropeway yang akan bawa korg untuk sampai ke puncak bukit. harga ropeway ni 1800yen (RM63) untuk pergi dan balik tapi kalau korg beli satu hala je harga dia 1000yen (RM35).

gambar ropeway tu korg boleh tengok macam yang kat atas sekali tu.

lepas korg sampai je kat atas puncak bukit ni, korg boleh la jalan-jalan menikmati keindahan alam sebab bunga-bunga yang ditanam kat tempat ni memang awesome kot !!

musim bunga di jepun

musim bunga di jepun

musim bunga di jepun

kalau korg tengok kat gambar 1st tu, korg akan nampak chairlift yang pernah aku cerita dalam entry snowboard  dulu kan..untuk naik chairlift ni pun korg kena bayar tiket jugak..tak silap aku 1000yen (RM35) untuk membolehkan korg naik benda tu tanpa had..tp aku rasa better jalan je

selain taman bunga ni, aktiviti lain yg korg boleh buat ialah zipline..or maybe korg panggil flying fox kot..or maybe flying fox tu benda lain?? hahaha..tak kisahlah korg panggil aktiviti ni ape pun..tapi yang penting aktiviti ni memang best !!  btw kos zipline ni sebanyak 3000yen (RM105) tau.

musim bunga di jepun, zipline

pedulikan muka aku yang semangat terlebih tu =.="

so smpai di sini je kot entry untuk kali ni..sape-sape yang pernah try flying fox tu, korg ce try tgk gambar kat atas ni..same ke zipline tu dengan flying fox?? aku pun dah keliru..hahaha :D



35 comments:

  1. seronoknya! cantik bunga bunga tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat kan..tahun dpn kalau ada rezeki iA nak g lg :D

      Delete
  2. yang belah bawah tu muka awak mana satu ? haha x)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelah baju biru..

      tp xyah cari la..muke semangat je tu =.="

      Delete
  3. ohsem la jepun.
    kena buat tabung g jepun ni. hehe..

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya.. rasa macam teringin jugak nak pergi Jepun.. Harga kapal terbang mahal tak?? Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau booking awal dpt je rm 1k untuk pergi dan balik :)

      Delete
  5. Replies
    1. sy pon mula2 gayat gak..tp sekali try best sgt :P

      Delete
  6. Zipline adalah flying fox..geng2 climbing panggil tyrolean traverse..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya terjawab jgk persoalan..thx bnyk2 jeb ye :P

      Delete
  7. Penerangan yang baik untuk dijadikan panduan apabila ke ana. tahniah! Cantik bunga tu.

    ReplyDelete
  8. owh..smalam ada tgk majalah3 kat tv3..pasal pelancongan kat jepun nie..mmg cantik pemandangan bunga dari jauh:)..aganya bila boleh datang melancong kat sana hehe^^

    ReplyDelete
  9. adehh tiapkali akmal update psl ryokou mesti rase mcm wow besnye besnye besnye !!! pastu bile tengok harge2 tu macam adeh kene start menabung ceni uwawawa T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama2 menabung ye..sy pon bnyk lg tempat tak pergi lagi ni

      *kira tabung...sob3

      Delete
  10. cantiknye ,,banyak bunga-bunga cantik :) terasa nak pergi betul jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. nti kalau bro dtg leh la snap pic bnyk2 gak kan :P

      Delete
  11. aah ritu ade tgok majalah 3 melawat hokkaido..kepulauan ke tu? teringat kat blog ni. biasalah aktiviti mcm ni perlukan $$ yg banyak.. kt msia pon harga standard mcm ni ponnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju2x..kalau $$ xde mmg susah kot nk bjalan2 ni..sy kne mula menabung balik nih >.<

      Delete
  12. bunga tu jugak la yang menarik pandangan huhhuhu

    ReplyDelete
  13. wahhh terus aku feeling2 nak buat drama kuch kuch ho tahaiii semula...versi malaysia pulak..haha!

    ReplyDelete
  14. lawa laa bunga tuu . . boleh tahan mahal harganya . . Akmal rasanya kalau letak gambar X-Large atau Large lg best tgk . . cdgn je . . hehe

    ReplyDelete
  15. bestnye....banyak betul tempat nak lawat kat Jepun ni...macam tak sempat je nak lawat kalau setakat sambung study setahun...
    (ps: tengah blog hopping jumpa your blog..will be leaving for japan this sept..baru nak google tempat2 nak lawat)

    ReplyDelete